Monday, July 9, 2012

BENGKEL ANALISA KUANTITATIF


BENGKEL ANALISA KUANTITATIF
Bengkel ini dirangka khusus untuk peserta-peserta yang becadang untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana atau PhD dan juga pensyarah-pensyarah IPT yang ingin menjalankan penyelidikan. Bengkel ini akan memberikan peserta-peserta dengan pengetahuan asas dan kemahiran asas mengenai konsep analisa secara statistik menggunakan SPSS (Statistical package for Social Science).

Pengajar:  Dr. Hj. Zamri bin Yusoff

Tarikh:  5, 6 - 7 Nov 2012 / Masa : 09.00am - 05.00pm / Tempat : Makmal Komputer, Politeknik Kota Bharu Kelantan.

Bengkel ini terdiri dari dua bahagian utama:
(a) Asas-asas dalam analisa secara statistik dan
(b)Analisa-analisa secara statistik peringkat pertengahan yang mana termasuk analisa secara statistik untuk mengkaji hubungkait (relationship) dan perbandingan kumpulan (Group comparison).

Sebagai tambahan, peserta-peserta juga akan perkenalkan kaedah-kaedah penerangan bagi keluaran statistic terjana (generated statistical outputs), pengujian hipotesis (hypothesis testing) diikuti dengan membuat kesimpulan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian (research questions).

Penyampaian semasa bengkel akan mengambilkira kepelbagaian tahap pengetahuan peserta-peserta dari segi pengetahuan sedia ada mengenai statistik (statistical background).

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi:
Zamri bin Yusoff ; Tel: 013-9805607; email: irmazai07@yahoo.com.my
Unit Penyelidikan dan Penerbitan,
Jabatan kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.