BENGKEL
ANALISA KUANTITATIF
Bengkel ini dirangka khusus untuk peserta-peserta yang
becadang untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana atau PhD dan juga
pensyarah-pensyarah IPT yang ingin menjalankan penyelidikan. Bengkel ini akan
memberikan peserta-peserta dengan pengetahuan asas dan kemahiran asas mengenai
konsep analisa secara statistik menggunakan SPSS (Statistical package for
Social Science).
Pengajar: Dr. Hj. Zamri
bin Yusoff
Tarikh: 5, 6 - 7 Nov 2012
/ Masa : 09.00am - 05.00pm / Tempat : Makmal Komputer, Politeknik Kota Bharu
Kelantan.
Bengkel ini terdiri dari dua bahagian
utama:
(a) Asas-asas dalam analisa secara statistik
dan
(b)Analisa-analisa secara statistik
peringkat pertengahan yang mana termasuk analisa secara statistik untuk
mengkaji hubungkait (relationship) dan perbandingan kumpulan (Group comparison).
Sebagai tambahan, peserta-peserta juga
akan perkenalkan kaedah-kaedah penerangan bagi keluaran statistic terjana
(generated statistical outputs), pengujian hipotesis (hypothesis testing)
diikuti dengan membuat kesimpulan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian
(research questions).
Penyampaian semasa bengkel akan
mengambilkira kepelbagaian tahap pengetahuan peserta-peserta dari segi
pengetahuan sedia ada mengenai statistik (statistical background).
Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi:
Zamri bin Yusoff ; Tel: 013-9805607; email: irmazai07@yahoo.com.my
Unit Penyelidikan dan Penerbitan,
Jabatan kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.